<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4242573410267543173?origin\x3dhttp://thewhitegown.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Facebook Instagram links links links links links


ABOUT
“You're so convinced you'll disappoint people if you show them that you're not perfect. You don't realize you are perfect. Your imperfections are what make you perfect. They make you you. That's what people love. It's what I love too.”




VISITORS


TAGBOARD


RECENT UPDATE
SASTERA MELAYU MEMBINA TERAS IDENTITI BANGSA
Thursday, 27 July 2017 | 06:46 | 0 letters
SASTERA MELAYU MEMBINA TERAS IDENTITI BANGSA

Azhar Hj.Wahid
Fathin Noor Ain bt Ramli

Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pengenalan

Sastera boleh dilihat sebagai satu cerminan kepada dunia kehidupan sesebuah masyarakat. Ianya sangat rapat dan begitu sinonim dalam menceritakan perihal sama ada yang telah berlaku, belum berlaku tetapi pengarang merasakan ianya akan berlaku atapun juga berkemungkinan ianya hanyalah imaginasi buah fikiran pengarang sahaja. Penulisan ini memperlihatkan bahawa sastera Melayu, khususnya komsas (kompenan sastera) di sekolah berupaya membina teras kepada identiti sesuatu bangsa. Identiti seseorang pelajar dilihat menjadi ukuran bagi menilai akhlak seseorang pelajar itu serta manjadi ukuran sama ada pelajar tersebut baik atau buruk tingkah lakunya. Cerminan identiti seseorang pelajar yang sangat tinggi di mata masyarakat telah meletakkan kepentingan akan pembinaan identiti pelajar amat penting dan juga harus diberi pemerhatian yang amat serius.

Jika diimbas kembali, cadangan, agar Komponen Kesusasteraan Melayu dimasukkakan ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu telah diutarakan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri Bilangan 4/99 iaitu pada 24 Februarui 1999,kira-kira 17 yang dahulu.Ternyata usul ini telah pun disambut baik oleh Pusat Perkembangan Kurikulum bagi menwajibkan komponen sastera ini wajib dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah menengah seluruh negara.Pada 11 Jun 1999 iaitu melalui Mesyuarat Jawatakuasa Kurikulum Pusat Bilangan 2/99 telah meluluskan usul ini yang mana adalah bertujuan agar membantu dalam mencapai matlamat negara dalam pembinaan insan ynag positif terhadap ilmu dalam kehidupan.

Secara umumnya, sastera sebenarnya telah mula bertapak secara rasmi dalam subjek Bahasa Melayu sejak 22 tahun yang lalu, iaitu pada sekita tahun 1984.Walau bagaimanapun, ianya tidak diwajibkan di dalam peperiksaan awam  negara. Pemilihan teks-teks sastera yang diajar di sekolah pada ketika itu tidak diseragamkan yang mana ianya hanya bergantung kepada sekolah ataupun guru Bahasa Melayu itu sendiri dalam memilih teks bagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sejajar dengan pendidikan negara yang mana adalah bertujuan untuk meningkatkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu bagi menwujudkan insan yang baik dan sempurna, maka, amat penting bagi menstrukturkan kurikulum yang amat bersesuaian bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan ini. Ini kerana secara tidak langsung keperibadian dan sahsiah seseorang individu itu sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah adalah dipengaruhi oleh apa yang mereka telah pelajari disekolah. Pengenalan subjek KOMSAS yang mana hasil gabungan dari beberapa akronim iaitu ‘komponen’ dan ‘kesusasteraan melayu’ adalah salah satu langkah yang tepat. Komsas adalah salah satu komponen sastera yang telah diperkenalkan didalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menegah bagi subjek Bahasa Melayu (KBSM) yang mana telah difokuskan kepada pelajar bermula dari tingkatan satu hingga lima.

Perlaksanaan penelitian terhadap Komsas harus dipergiatkan kerana melalui kajian ini,cara mengatasi secara efektif dapat diambil berdasarkan perbincangan dan interpretasi sesebuah kajian tersebut. Pemilihan teks Komsas yang digunakan oleh pelajar tingkatan lima iaitu Antologi teks Komponen Sastera (Komsas) dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Tingkatan lima) iaitu Sejadah Rindu telah dipilih yang mana teks yang difokuskan adalah dari genre cerpen iaitu Cinta Ahmad Mutawakkil, Hipertensi dan Gerhana Manusia. Setiap cerpen yang terkandung dalam antologi ini akan disemak samaada mempunyai nilai dan pengajaran yang dapat memupuk sikap bersopan santun dan juga beretika di kalangan pelajar. Penumpuan kajian terhadap tiga aspek ini dilihat memainkan peranan penting bagi membentuk identiti pelajar yang unggul. Bagi mendokong kajian teks yang dijalankan, kajian ini juga melibatkan soal selidik terhadap respeonden yang telah dipilih bagi mendapatkan maklum balas samaada teks cerpen bacaan mereka dapat memberikan nilai dan pengajaran yang mana sangat penting dalam pembentukan identiti bagi mereka selaku pelajar ataupun tidak.
Konsep identiti pelajar yang ditekankan dalam Komsas adalah menjurus kearah tingkah laku, perlakuan ataupun tindakan wajar atau tidak wajar untuk dilakukan oleh pelajar.Kebanyakan karya-karya Komsas yang dipilih telah dimurnikan agar bersesuaian dengan pembacaan dan perkembangan murid iaitu selaku remaja.Teks-teks yang dipilih bukan sahaja mampun memberi maklumat yang berguna serta meluaskan pengetahuan mereka berdasarkan fakta-fakta yang terdapat dalam karya itu, tetapi juga mempunyai nilai dan pengajaran yang sangat berguna. Sekali gus melihat karya sastera yang dipelajari dalam Komsas itu mampu memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu bagi tujuan pembangunan diri dan pembentukan minda setiap pelajar.

Kepelbagaian genre yang terkandung dalam teks antologi Komsas dapat menimbulkan minat dan kecintaan murid terhadap karya-karya sastera yang kaya dengan budaya masyarakat melayu yang diwarisi sejak turun temurun yang tinggi akan nilai harganya. Nilai- nilai murni yang banyak ditekankan dalam karya sastera ini telah berupaya memberikan nilai-nilai kemanusiaan yang sangat tinggi yang mana pada keseluruhannya memupuk bersopan-santun dan etika dalam diri seseorang pelajar. Kesantunan bahasa yang mana diolah oleh pengarang dengan menggunakan susunan kata yang penuh tertib, bahasa yang lemah lembut serta indah dibaca mampu memberi kekuatan dalam mempengaruhi para pelajar dalam berkomunikasi dan juga berinteraksi dengan komuniti masyarakat.Penekanan dan pendedahan terhadap nilai tanggungjawab dan amanah yang sangat tinggi dalam Komsas dilihat mampu melentur semangat dan ciri-ciri beretika dalam diri pelajar sepertimana teks cerpen Cinta Mutawakkil dan Gerhana Manusia.

Hasil-hasil benih idea pengarang dalam dunia sastera dilihat memainkan peranan dalam mengisi perkembangan minda seseorang pelajar, pembentukan personaliti, psikologi dan juga kerohanian. Nilai- nilai murni yang terkandung di dalam hasil karya sastera yang dipilih untuk pengajaran di dalam subjek Komsas ternyata mempunyai kekuatan mereka tersendiri.Ini kerana setiap hasil karya mengandungi unsur-unsur nilai murni yang dapat mendidik para remaja.Penekanan terhadap JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek) tidak dapat dinafikan dapat membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang unggul. Sejajar dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan negara ini, proses pemilihan karya-karya sastera untuk dijadikan teks bagi proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah adalah sangat penting. Oleh hal sedemikian, penekanan akan manfaat pembacaan sastera atau Komsas seharusnya memberi kesan yang positif, bukannya hanya keseronokan semata-mata.  Harus diakui bahawa melalui pembacaan, para pelajar dapat memupuk daya imaginasi yang tinggi dalam menyelami dunia penceritaan yang cuba disampaikan oleh pengarang yang mana secara tidak langsung mempengaruhi identiti seseorang pelajar. Justeru itu, pengisian yang baik dalam sesebuah karya sastera di dalam Komsas haruslah berupaya mendidik dari segi aspek jasmani mahupun rohani.

Kurikulum Komsas di Malaysia telah diseragamkan di mana setiap negeri mengunakan Antologi Teks Komponen Sasteranya (KOMSAS) dan sebuah novel. Bilangan teks bagi setiap tingkatan yang telah ditetapkan oleh kementerian bagi pelajar di sekolah menengah adalah seperti satu novel daripada pilihan 4 judul yang ditetapkan.Ini bermakna, seorang pelajar hanya wajib membaca dan mempelajari satu novel sahaja bagi setiap tingkatan dan Satu teks antologi yang mengandungi 3 cerpen, 1 drama, 4 puisi moden (sajak), 2 puisi tradisional, dan 1 prosa tradisional. Namun, untuk novel, kementerian telah mengambil pendekatan dengan membahagikan kepada beberapa zon iaitu Zon 1(Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Dan Perak),  Zon 2 (Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Wp Kuala Lumpur & Wp Putrajaya),  Zon 3 ( Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan ) dan Zon 4 (Negeri Johor , Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan) .

Teras Identiti bangsa

Daripada penelitian yang dibuat terhadap karya komsas, sopan santun dan beretika menjadi begitu dominan sebagai teras membina identiti pelajar sesuatu bangsa.  Malah, sopan santun telah sinonim dengan budaya masyarakat melayu dan boleh dikatakan diwarisi dari nenek moyang yang masih menjadi tunjang utama bagi masyarakat melayu dalam menjalani kehidupan seharian. Boleh dikatakan bahawa ianya menjadi teras dalam membina identiti dan lambang sesebuah bangsa yang hidup dalam komuniti bermasyarakat berbagai kaum. Bagi masyarakat islam terutamanya, sopan santun melambangkan kecantikan yang paling utama bagi seseorang individu. Santun dalam tertibnya adab dan ketinggian ilmu meletakkan ia sebagai aspek yang terpenting mengatasi kecantikan wajah dan pakaian seseorang.

Sopan santun pelajar ataupun seseorang individu itu boleh dilihat dari kesantunan berbahasa kerana ia adalah persepsi pertama yang akan dinilai oleh seorang orang individu terhadap individu yang lain. Menurut Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Mat Hassan dan Mohd Nur Hafizudin Md Adama (2014) menyatakan bahawa kesantunan bahasa merujuk nilai sopan, melibatkan pertuturan yang elok, halus dan indah serta sikap yang memancarkan budi pekerti mulia.Tidak dapat dinafikan bahawa kesantunan berbahasa ini merupakan aspek yang penting dalam pertuturan seharian tidak kira lapisan umur dan masyarakat. Menjaga aspek pertuturan dilihat mampu menwujudkan keramahan dan sekali gus membangkit semangat perpaduan yang mana dilihat sebagai aspek yang penting bagi anggota masyarakat di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum ini.Ianya amat jelas apabila ditekankan dalam prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan yang menjadi teras bagi kemajmukan rakyat di Malaysia.

Menurut Ding Choo Hig (2005), bahasa yang baik, elok, berfaedah dan santun itu bukan sahaja perlu dipelajari daripada buku, tetapi juga diasuh oleh ibu bapa, di samping bergaul dengan orang yang lebih berpengalaman. Kepentingan akan kesopanan dalam berbahasa ataupun tingkah laku amat dititikberatkan kepada remaja ataupun pelajar-pelajar di sekolah.Ianya telah dipersetujui oleh Falsafah Pendidikan Negara yang mana ingin melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Aspek kesantunan dalam bahasa ini secara mudahnya dapat dilihat dengan memrhati kepada pemilihan dan penggunaan kata ganti diri oleh peelajar seperti ‘saya’, aku, ‘awak’ dam ‘kamu’ yang mana dapat menggambarkan kesantunan seseorang murid dalam komunikasi contohnya.

Abdullah Hassan dan Ainon Mohamad (1994) menyatakan bahawa kesantunan berbahasa datang dari pada peribadi yang bersopan santun. Maka, dapat dilihat di sini bahawa sopan santun secara langsungnya mempunyai hubungan dengan kesantunan bahasa seseorang individu.Jika seseorang individu itu mempunyai kesantunan bahasa yang tinggi maka dapat ditafsirkan bahawa individu tersebut adalah seorang yang bersopan santun dan begitulah disebaliknya. Bagi seseorang pelajar, ianya akan menunjukkan seseorang pelajar tersebut mempunyai nilai –nilai murni yang tinggi yang mana nilai-nilai murni ini amatlah dititiberatkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Manakala beretika atau kata akarnya etika adalah istilah yang asalanya dari perkataan Greek iaitu ‘ethos’ yang menfokuskan kepada karektor seseorang individu, perwatakan atau keperibadian seseorang.Etika juga dapat dijelaskan adalah sebagai panduan tingkah laku seseorang manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan seharian.Etika juga boleh dokatakan sebagai suatu perbuatan yang dilakukan dengan sengaja yakni melalui hasil pemikiran dan pertimbangan akal budi yang boleh dikaitkan dengan pemikiran yang sistematik untuk kelakuan, motivasi dan situasi dalaman yang disedari oleh pelakunya.

Menurut Kamus Dewan, etika adalah sebagai berikut: a) ilmu bukan dasar-dasar akhlak atau moral; b) suatu sistem dasar-dasar akhlak atau tingkahlaku bagi sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain).Maka, dapat difahami bahawa etika adalah sesuatu yang berkait rapat dengan sikap seseorang individu atau masyarakat.Berkemungkinana etika yang diamalkan itu adalah yang baik atapun yang sebaliknya. Adat resam yang diwarisi oleh seseorang individu atau masyarakat dari turun-temurun boleh dikatakan mempengaruhi etika mereka kerana adat resam ini boleh menjadi garis panduan ataupun peraturan yang akan diikuti oleh mereka.Etika sesebuah masyarakat atau individu itu sebenrnya juga boleh dikatakan telah terbentuk dari zaman dahulu lagi.

Kichener (1984) telah memperincikan prinsip etika kepada lima perkara iaitu autonomi, mengelak daripada mencederakan, melakukan sesuatu yang baik, bersifat adil dan bersifat taaat setia. Jika dilihat kepada lima prinsip yang diketengahkan ini, kita dapat memahami bahawa etika adalah memberi kebaikan dan sesuatu memberi kesan positif kepada seseorang individu mahupun sesebuah organisasi dalam jangka masa panjang ataupun pendek.Ianya juga adalah bersifat sarwajagat yang mana mencakupi seluruh aspek walaupun berbeza agama, budaya, adat resam mahupun kepercayaan.

Bagi seseorang pelajar, etika boleh difokuskan kepada etika seseorang pelajar terhadap dirinya sendiri yang mana adalah berkaitan dengan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. Dalam usaha memupuk pelajar yang baik akhlaknya, etika sememangnya wajar ditekankan samaada etika terhadap diri seseorang pelajar itu sendiri, etika terhadap ibu bapa, etika sebagai seorang remaja dalam sosiati masyarakat dan juga etika terhadap guru dan pihak sekolah. Dengan menjadikan etika sebagai landasan dalam kehidupan seseorang pelajar, ini menjadikan dan mengarahkan seseorang pelajar itu secara total kearah kebaikan dan menjadikan mereka adalah seorang insan yang sempurna.

Kesimpulan

Pengaruh bahan bacaan dilihat menjadi faktor utama kepada pembentukan identiti para pelajar. Melalui pembacaan terhadap bahan bacaan sastera yang dimuatkan dalam Komsas, ianya mampun mempengaruhi pembetukan identiti pelajar yang baik yakni dari segi aspek bersopan santun dan beretika terutamanya. Justeru itu juga, amat penting jika pemilihan teks-teks Komsas adalah dilakukan dengan lebih teliti bagi memberikan input yang berguna kepada para pelajar. Diharapkan hasil kajian ini dapat membuktikan bahawa betapa besarnya akan peranan karya sastera dalam pembentukan identiti sesuatu bangsa, khusus kepada seseorang pelajar terutamnya dalam memupuk sikap bersopan-santun dan beretika. Melihat kepada kepentingan dan kesahihan akan kekuatan pengaruh bahan bacaan sastera ini juga membuka mata bahawa betapa pentingnya akan proses pemilihan karya-karya yang berkualiti tinggi oleh pihak yang bertanggungjawab.

Oleh yang demikian, semua pihak yang terlibat terutama pihak Kementerian, ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah mengambil tindakan dan langkah yang sewajarnya dalam memeriahkan dunia pendidikan sastera di samping menanam semangat cinta akan karya sastera dalam dunia pendidikan serta kehidupan seharian. Keseimbangan dalam dunia pendidikan iaitu penekanan dalam dunia sains dan teknologi serta dunia sastera menjadi asas yang kukuh dalam pembinaan golongan pelapis negara pada masa yang akan datang. Tiada erti jika pelajar itu hanyalah hebat dan bijak tetapi tidak mempunyai identiti yang baik untuk dibanggakan.



RUJUKAN

Abdul Halim Ali. (2013). Pengantar Teori & Kritikan Sastera: Barat dan Malaysia. Selangor: Univison Press Sdn Bhd.
Auguste Comte. (1978). Sosiologi Sastera Dalam Koleksi Teori Sastera Klasik,Tradisional, Moden, Pascamoden Dan Tempatan. Selangor.Pustaka Karya
Chew Fong Peng (2006). Pembentukan Negara Bangsa Melalui Pendidikan Sastera. Jurnal Pendidikan  Malaysia. April 2016
 Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. Kamus Dewan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahnon Ahmad. (1991). Sastera sebagai seismograf kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jumaadi Saunri. 2007. Persepsi Pelajar Aliran Sains Terhadap Kesesuaian Penggunaan Komponen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Luar Bandar. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Jumali Hj Selamat. (2001). Cerminan Sosial Bahan Sastera Dan Nilai Murni Dalam Novel-Novel Remaja. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Green , M.C.,Brock, T.C., & Kautsman, G.F (2004) Understanding Media Enjoyment: The Role Of Transportation Into Persuasive Worlds. Communication Theory, 14(4), 311-327.
Gutiérrez, Kris (2000) . “Teaching and Learning in the 21st Century”. English Journal. 7 : 290 –   298.
Ibn Khaldun, Abd al-Rahman bin Muhammad Khaldun al-Hadrami. 2002. Mukaddimah  Ibn Khaldun. Terj. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lokman Mohd Tahir dan Hamidon Abdul Rahman. (2002). Peranan Etika Dalam Kepimpinan Pendidikan. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Jilid 8 Oktober 2002, hal 93-103.
Kaminski, M.J (2012). Does This Book Make Me Look Fat? The Effect Of Protoganist Body Esteem And Body Weight In Novel Female Reader’s Body Esteem. Master thesis, Virginia Polytechnic Institute and State University.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 Dan 5. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Pendidikan Sastera Di Malaysia.  Jurnal Bahasa Dan Sastera (PENDETA). Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Othman Puteh. (1998). Tanggapan terhadap kesusasteraan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Sejadah Rindu. (2015). Selangor : Sasbadi Sdn Bhd.
Wiramanja @ Abdul Rahman Ahamad Hanafiah. (2004). Komunikasi Pelajar:Etika dan Personaliti. Kertas Kerja yang dibentangkan di Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah.
Zaitul Akma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Mat Hassan dan Mohd Nur Hafizudin Md Adama. (2014). Kesantunan Bahasa Dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah. Selangor: Universiti Putra Malaysia.


Zuraini Ramli, Dahlia Janan, Husna Faredza Mohamed Redzwan dan Khairul Azam Bahari. (2009). Amalan Kesantunan Bahasa di Sekolah.  Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.


:: another inspiring song for me ::
Thursday, 31 December 2015 | 07:44 | 0 letters

Superheroes ( The Script )



All the life she has seen
All the meaner side of me
They took away the prophet's dream
For a profit on the street

Now she's stronger than you know
A heart of steel starts to grow

All his life he's been told
He'll be nothing when he's old
All the kicks and all the blows
He won't ever let it show

'Cause he's stronger than you know
A heart of steel starts to grow

When you've been fighting for it all your life
You've been struggling to make things right
That's how a superhero learns to fly
Every day, every hour, turn the pain into power

When you've fighting for it all your life
You've been working every day and night
That's how a superhero learns to fly
Every day, every hour, turn the pain into power



https://www.youtube.com/watch?v=WIm1GgfRz6M


:: 2016 ::
| 07:40 | 0 letters
Thank Allah for the blessings us by having our 2015 with memories for sure. Let’s forget the bad things that happened and start a new year with new hopes and goals to get the most of it. Stay remind each other to keep our hearts close to the truth, our minds free and our doors open', in the hope of bettering ourselves for the coming years.

Do not be among those who hope for rewards in the Hereafter without acting for it and keep postponing.
Stay positive and together we do our very best. Ameen.
-aenn ramli 31/12/2015 -




:: “bagaimana acuan, begitulah kuihnya.” ::
Saturday, 12 December 2015 | 07:18 | 0 letters
Assalamualaikum,

Sekian lama meninggalkan blog, dan yg pastinya 70% hampir lupa all the steps... oleh kerana sekarang ni ada masa yang terluang, so, lets update sesuatu kan.

ok, just want to share a story which i think that can give us lots of deep values here especially for husband and wife and for couple who will getting married soon.lets read.

Psikologi rumahtangga: “Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa.”
Seorang teman merasakan isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar. Kerana itu, mereka bertengkar setiap hari.
Atas alasan seringnya bertengkar, lelaki ini mempunyai hubungan intim.
Akhirnya, mereka bercerai dan sang suami berkahwin lagi dengan wanita skandalnya. Sang mantan isteripun tak lama kemudian berkahwin lagi.
Mereka masih belum dikurniakan anak. perkahwinan baru keduanya masing masing berjalan dengan sangat lancar.
Tetapi selepas berkahwin, isteri baru dari lelaki ini semakin lama sekalipun kelembutannya semakin pudar. Rumah tangga mereka berakhir sama seperti yg dulu, sedikit sedikit bertengkar.
Isteri barunya bahkan tidak mau mengerjakan pekerjaan rumah, rakan saya terpaksa membersihkan rumah sendiri.
Rakan saya merasa nasibnya tidak baik, mengapa ia selalu memilih isteri yg kurang baik, setiap hari ia mengeluh.
Sampai suatu hari, di suatu majlis makan malam ia secara kebetulan bertemu dengan suami baru bekas isterinya.
Pada awalnya kedua lelaki ini tidak bercakap apa apa, tetapi setelah saling menyapa mereka pun minum bersama.
Akhirnya rakan saya tak boleh menahan diri lagi dan bertanya bagaimana keadaan rumah tangga mereka. Suami baru bekas isterinya ini tidak kacak, tetapi sangat teliti dalam berbicara.
Ia berkata, "Isteri saya adalah wanita yg sangat hebat, sangat perihatin dan lembut, ia mengerjakan seluruh pekerjaan rumah tanpa mengeluh. Juga sangat menyayangi saya, ia sentiasa bersikap baik kepada ibu bapa, saudara, dan teman teman saya. Saatnya jujur dia akan jujur, saatnya butuh perhatian, dia akan memberi perhatian penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali. "
Teman saya setelah mendengarnya merasa bingung, dan berfikir apa dia memang sebaik itu? Mengapa dulu ia sama sekali tidak menyedarinya? Pasti ini semua cuma bualan suami baru isterinya ini untuk membuat dia bingung.
Tak lama kemudian, kebetulan sekali, rakan saya pergi berbelanja ke pasar raya dan melihat bekas isteri dan suami barunya sedang membeli-belah.
Dia bersembunyi dan memerhatikan, akhirnya ia menyedari pasangan itu benar benar bahagia.
Kebahagian itu boleh dilihat dari senyuman bekas isterinya yg selalu mekar. Juga boleh dilihat dari pelukan lembut yg diberikan oleh lelaki di sebelahnya itu.
Sebenarnya, di bermacam situasi, isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua bergantung pada lelaki.
Pada detik wanita memutuskan untuk berkahwin, dia juga memutuskan untuk menjalani hidup dengan bahagia bersama suaminya.
Walaupun dalam perkahwinan, kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta maka ada toleransi.
Saat anda merasa tidak puas dengan wanita anda, wanita pun tidak peduli lagi.
Jadi, jika anda mahukan wanita baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat.
Kerana semua wanita di dunia yang sudah menjadi "isteri seseorang" mempunyai potensi menjadi malaikat.
Saat anda boleh melakukannya dengan baik, anda akan menyedari bahawa perubahan sikap anda dapat membentuk sesosok malaikat yg sempurna.
Cinta wanita muncul kerana kasih sayang lelaki, Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki; Keluhan wanita muncul kerana kedinginan lelaki. Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki. Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki. Kerosakan wanita adalah hutang lelaki.
Wanita adalah sebuah piano, jika bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yg dihasilkan adalah lagu kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk sebuah lagu.
Umpama satu peribahasa melayu, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya.”

by : aenn ramli


:: aku wanita biasa ::
| 07:07 | 0 letters

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Surut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Surut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku 
by aenn ramli




:: kerjaya ku bermula di Sini :)) ::
Sunday, 5 January 2014 | 02:47 | 0 letters
Assalamualaikum,

sekarang dah bermula kehidupan baru merantau di tempat orang, belajar berdikari di alam baru iaitu alam kerjaya...:)

okeh, ada kawan tanya aku

kawan: "sekarang ni kerja mn?'
aku: " kat kl..kerja biasa biasa ja..."
kawan: " yer la..tapi kat mana?"
aku: "kat cimb...tepi sogo tu"
kawan:" untung ar dapat kerja bank...best ah ader abah blh tlg ejas and pakai cable"


zassss...berdesing gak telinga aku....ejas?? cable??
meh cni meh nak citer kakak kakak abang abang yer....aku pon x expect aku dpt, as this is first job sebab aku ni boleh di ibaratkan "panas dari ketuhar" which i mean baru graduate terus dapat jadi part of CIMBian neh...

no ejas ejas..no cable cable....neither cable elektrik nor dato' datin dan segala pangkat yang ader..
abah aku ni ajar aku berdikari sejak kecik..kalau aku usaha bagus, maka yang terbaeklah aku akan dapat. kalau aku malas, maka aku kena hadap dan terima yang tak bagus atau biasa biasa saja...tak terlintas nak guna abah punya keistimewaan ke ape...

yer...kadang kadang aku sentap juga sebab abah selalu tolong orang lain, kenapa tak tolong anak sendiri kan??
tapi aku pendam dalam hati jer...tak ape tak ape..aku usaha sendiri..

Memang doa ibu bapa tu mujarab aku cakap.sumpah! sebab aku alami..ni pengalaman aku. Langsung aku tak tipu. Gerak hati ibu bapa benar sebab abah aku asyik suh minta kerja bank..dan bank..dan bank...

on the day of interview, aku pegi jer sorang sorang jalan kaki turun taman ambek teksi naek lrt..xdak orang temankan seperti biasa...cuma sebelum aku masuk bilik interview, aku sempat mesej abah mama " tolong doa ko kak ain deh, jap lagi nak masuk interview dah"  ...ni memang amalan wajib aku lau nak masuk dewan exam sejak zaman diploma until habis degree...mmg akan bgi tahu abah mama minta depa doakan untuk aku.

doa abah mama dan yakin Tuhan ada dengan aku, aku langkah masuk bilik interview...Alhamdulillah, genap 2 mggu selepas tu, aku dapat call dari HR yang aku dapat. tenQ to Datin Aziyah, Madam Sue Cheah and Hr Manager yg jadik panel sbb consider untuk pilih saya.

apa dapat di simpulkan, rezeki kita Allah s.w.t yang pegang..Jangan risau kalau kita tak dak cable ker orang kenamaan ker yang kita kenal untuk minta tolong.Yakin pada tuhan, buat yang terbaek,solat hajat dan minta ayah ibu doakan sm. saingan sekarang memang sengit, orang semua hebat hebat belaka, cari keunikan diri kita yang tuhan bagi untuk attract panel sebab mereka yang akan evaluate kita nanti..

kumpul lah ilmu dan belajarlah setinggi yang boleh sebab ilmu mampu ubah segala-galanya...DAN  jangan sesekali berasa angkuh dengan apa yang kita ada..be humble dan hormat pada orang laen..

to all my frenz..aku doa korang murah rezeki and sama sama berjaya..semoga Allah s.w.t permudahkan urusan kita..ameen

dats all..tenq.. and kat bawah aku ader gambor sikit sikit..jemput cuci mata yer...


                                                              lunch dengan kawan sekerja
                       hehehe...my ofis..menara bumiputera commerce...landmark: next to sogo




salam sayang banyak-banyak dari :
aenn ramli







A thousand years
Monday, 2 December 2013 | 04:31 | 0 letters
(Verse 1)
Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid
To fall
But watching you stand alone
All of my doubt
Suddenly goes away somehow
One step closer

(Chorus)
I have died every day
waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

(Verse 2)
Time stands still
beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything
Take away
What's standing in front of me
Every breath,
Every hour has come to this
One step closer

(Chorus)
I have died every day
Waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more
And all along I believed
I would find you
Time has brought
Your heart to me
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more
One step closer
One step closer

(Chorus)
I have died every day
Waiting for you
Darlin' don't be afraid,
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more
And all along I believed
I would find you
Time has brought
Your heart to me
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more








Copyright © Layout by afeeqah. Have a nice blogging day or something!